Sebuah Range Rover yang bernilai £100,000 (RM544,095) milik bintang bola sepak England dan Tottenham Hotspur, Harry Kane difahamkan dicuri.
Sekumpulan pencuri dipercayai menyasarkan kenderaan mewah itu selepas ia dirakam beberapa kali menerusi kamera litar tertutup (CCTV). Mereka melarikan kenderaan berkenaan berdekatan Chingford, Timur London.
Harry Kane, 27, merupakan pemain ketiga Spurs mengalami insiden jenayah sejak kebelakangan ini selepas kejadian rompakan membabitkan rakan sepasukan, Dele Alli dan Jan Vertonghen.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebuah kereta dipandu melepasi kenderaan mewah Kane beberapa kali bulan lalu. Mereka menggunakan peralatan elektronik untuk membukanya sebelum melarikan kenderaan itu di Chingford.
Kumpulan pencuri tersebut difahamkan hanya menyasarkan kereta milik pemain bola sepak, memandangkan cara ia dilakukan tidak menunjukkan ia hanya kebetulan.
Kane yang bakal menimang anak ketiga menghubungi polis dan menyerahkan rakan CCTV kejadian berlaku pada penghujung Oktober tersebut.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar