ATM terima 6 unit helikopter tempur MD530G mulai Jun tahun hadapan

2753

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mulai Jun tahun hadapan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima enam unit helikopter jenis MD530G secara berperingkat.

helikopter angkatan tentera malaysia

Butiran mengenai helikopter tersebut bagaimanapun belum didedahkan, namun menurut Ismail sabri, aset berkenaan perlu melalui proses ujian penilaian dan memenuhi kriteria aset ATM sebelum kerajaan Malaysia menerima aset itu.



“Ujian penilaian bermaksud helikopter berkenaan perlu dibuat penilaian dari segi sama ada sesuai untuk dijadikan aset ATM atau sebaliknya, katanya.

“Semalam satu pasukan telah berlepas ke Amerika Syarikat bagi membuat ujian penilaian helikopter berkenaan sebelum ia dipersijilkan sebagai aset ATM, tambahnya.

Tambah Ismail Sabri, sekiranya helikopter itu sesuai dijadikan aset ATM, satu lagi pasukan akan dihantar ke sana untuk melakukan proses persijilan aset ATM.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here