8 beradik sepakat buat kejutan kepada ibu bapa dengan beli Proton X50

2265

Bukan mudah nak balas jasa ibu bapa. Mungkin hakikat sebenarnya, kita tak akan mampu membalas jasa mereka walau dengan apa cara sekalipun.

Namun mungkin kita sebagai seorang anak boleh ikhtiarkan sesuatu bagi memudahkan urusan mereka dalam menjalani kehidupan seharian, seperti kisah yang akan kami kongsikan ini.



Berdasarkan posting dari Facebook Fakhrurazi Mohammad, dia bersama tujuh adik beradiknya bersepakat untuk membeli sebuah Proton X50 kepada kedua ibu bapa mereka, sebagai ganti kepada kenderaan terpakai yang telah digunakan oleh bapanya selama sembilan tahun.

Proton X50

Menurut Fakhrurazi, ibu dan bapanya tidak pernah membeli kereta baharu sepanjang 64 tahun hidup dan hanya mampu membeli kereta terpakai disebabkan mahu berjimat demi menyara mereka lapan beradik.

“Kereta pertama abah model Toyota Corolla, jual…beli Proton Saga, jual… beli Proton Wira, jual…sekarang pakai Proton Persona iaitu kereta yang abang dah pakai. Semuanya kereta terpakai.

“Sebenarnya kereta impian abah sejak dulu ialah Toyota Camry. Kami sempat bawa dia ‘test drive‘ seminggu sebelum kami ‘submit loan‘ untuk Proton X50, katanya.

Proton X50

Ibu dan bapa Fakhrurazi juga difahamkan telah dibawa untuk untuk memilih model Proton X50 termasuk warna yang digemari di sebuah pusat jualan kereta bulan lalu.

Tambahnya, pada mulanya bapanya tidak setuju kerana harganya mahal dan bimbang bayaran bulanan yang perlu ditanggung oleh anak-anak.

“Mulanya, abah memang risau sebab dia tak mahu membebankan kami. Tetapi kami berjaya yakinkan dia supaya tidak risau kerana bayaran bulanan dan sebarang servis kami akan tanggung sehinggalah ia habis dibayar (sembilan tahun).

Proton X50

“Semoga dengan sedikit hadiah daripada kami ia bermanfaat buat abah dan mak. Jasa abah dan mak membesarkan kami lapan beradik selama ini tak mampu dibayar dengan wang ringgit, kata Fakhrurazi.

Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut telah mendapat lebih 3.7k Like, 129 Share dan pelbagai komen dari warganet.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here