Pengeluaran Yamaha YZF-R6 di AS dan Eropah dihentikan menjelang 2021

2001

Yamaha Motor USA mengumumkan bahawa 2020 merupakan tahun terakhir bagi pengeluaran Yamaha YZF-R6 di Amerika Syarikat dan Eropah disebabkan faktor kos terhadap homologasi Euro5 dan kekurangan jualan pada setiap tahun.

Yamaha r6

Yamaha R6 akan dihentikan pengeluarannya termasuk beberapa model lain iaitu WR250R dan VMAX.



“Yamaha memahami sejarah ikonik model-model ini. Mengenai masa depan, Yamaha terus mencari idea dan konsep baharu untuk menyokong dan memperluas pasaran, serta meningkatkan pengalaman pelanggan kami, kata Yamaha.

Bagaimanapun, model ini difahamkan masih ada untuk Januari 2021, tetapi akan dijual khas untuk kegunaan litar sahaja.

Mula diperkenalkan pada tahun 1999, Yamaha R6 telah menjadi bahagian utama segmen motosikal sport, di samping model seperti Suzuki Gixxer dan Kawasaki Ninja.

Kuasa yang dihasilkan oleh enjin 599cc empat silinder sebaris yang disertakan membantu motosikal ini menjadi salah sebuah ikon bagi motosikal sport.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here