Pengawal selia penerbangan China belum membenarkan pesawat Boeing 737 MAX yang bermasalah untuk memulakan penerbangan.
Tindakan ini dilakukan selepas syarikat penerbangan terbesar itu berdepan masalah keselamatan yang berlanjutan, walaupun Amerika Syarikat menarik balik larangan penerbangan komersial.
Pesawat Boeing yang paling laris itu tidak dibenarkan terbang di seluruh dunia pada awal tahun lalu, berikutan dua kemalangan yang mengorbankan 346 penumpang.
Sejak itu, ia menghadapi ujian dan proses kelulusan yang panjang dengan pengawal selia penerbangan di seluruh dunia.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada Jumaat, pihaknya tidak menetapkan waktu spesifik untuk menyambung semula penerbangan menerusi pesawat itu. Pengumuman itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada syarikat pembuat pesawat itu.
China adalah yang pertama menangguhkan penerbangan menggunakan pesawat berkenaan.
Pihak pengawal selia itu menjelaskan, hasil siasatan terhadap insiden maut di Indonesia dan Ethiopia harus dijalankan dengan telus dan reka bentuk pesawat berkenaan juga harus diperbaiki secara efektif dan memperoleh kelulusan.
Sementara itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS pada Rabu, meluluskan operasi penerbangan komerisal membabitkan pesawat berkenaan. Mengenai kemalangan yang dihadapi pesawat Boeing, ia dipercayai berkaitan dengan sistem anti-stall yang dipanggil MCAS berdasarkan hasil siasatan terhadap insiden terbabit.
Pengarah CAAC, Feng Zhenglin, berkata pada Oktober, landasan pesawat milik China tidak akan bertolak ansur terhadap risiko bahaya.
Menurut Boeing pada minggu lalu, pihaknya menjangkakan China akan membeli lebih 8,600 pesawat baharu bernilai AS$1.4 trilion (RM5.7 trilion) dalam tempoh dua dekad akan datang apabila republik itu diramalkan pulih sedia kala dari penularan pandemik.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar