Mat rempit bertindak agresif tendang motosikal polis hingga sebabkan kecederaan

19777

Tindakan agresif mat rempit yang menendang motosikal seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) menyebabkan anggota polis tersebut mengalami kecederaan. Kejadian difahamkan berlaku di Kampung Tanjung Berembang, Nibong Tebal.

mat rempit

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, anggota terbabit, Konstabel Muhammad Aiman Nordin, 20, yang terjatuh selepas motosikalnya terbabas mengalami luka pada beberapa bahagian badan.



Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, kejadian berlaku ketika anggota terbabit tiba di lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat berhubung aktiviti lumba haram di simpang jalan kampung tersebut.

Menurutnya, menyedari kehadiran dua anggota URB itu, kumpulan mat rempit berkenaan melarikan diri dalam dua kumpulan motosikal.

Anggota tersebut kemudian mengejar mat rempit berkenaan hingga ke persimpangan Jalan Tok Tuntong, namun motosikal anggota URB itu telah ditendang oleh seorang pembonceng.

Tambahnya, anggota berkenaan mengalami kecederaan pada tangan kanan, siku dan luka calar pada muka dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap.

“Remaja lelaki berusia 16 tahun yang menendang motosikal anggota URB terbabit bagaimanapun berjaya diberkas sejurus insiden tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here