Pemilik sebuah Renault Megane bernasib malang apabila dia ditahan pihak polis walaupun baru 30 saat membeli kereta tersebut.
Kisah malang pemandu di United Kingdom ini dimuat naik di laman Twitter milik Northampton Hub Specials. Menurut Tweet tersebut, pemandu Renault Megane itu dikatakan hampir melanggar salah sebuah kereta peronda, dan pihak polis mengarahkannya untuk berhenti.
Setelah disiasat, kereta tersebut baru sahaja dibeli 30 saat sebelum ia ditahan, dan walaupun hampir melanggar kereta peronda polis bukanlah satu kesalahan, Renault Megane tersebut terpaksa disita kerana pemiliknya tidak menginsurankan kereta tersebut.
Tindakan tersebut merupakan satu kesalahan yang besar dan pihak polis tidak teragak-agak untuk terus menyita sesebuah kenderaan jika melanggar undang-undang ini.
This vehicle almost has a head on with our motor. The driver then told officers he brought the car 30 seconds ago and for once this was actually true. Unfortunately took his chances not insuring it. And well you all know what happens next.. #Seized #s3812BRANDHAM pic.twitter.com/O5XF3oboGO
— Northampton Hub Specials (@NNSpecials) November 18, 2020
Memandu tanpa insurans merupakan satu kesalahan lalu lintas yang paling biasa dicatatkan pada bulan pertama kempen keselamatan jalan raya Operasi Polis Northamptonshire.
Hanya dalam masa empat minggu, operasi tersebut berjaya memperoleh 19 tangkapan dan 64 rampasan kenderaan.
Di United Kingdom, adalah dilarang memandu kenderaan di jalan raya atau di tempat awam tanpa insurans. Sekiranya ditangkap, anda boleh dikenakan hukuman sebanyak USD399 (RM1,623) dan enam mata ditanda dalam rekod anda.
Kerajaan United Kingdom juga menyatakan bahawa pihak polis memiliki hak untuk merampas, menghancurkan kenderaan tersebut jika perlu.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar