Hyundai Elantra 2021 dengan gaya menyerlah, transmisi IVT baharu, dibuka untuk tempahan

1724

Selepas memperkenalkan Sonata serba baharu, Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) kini membawa Elantra pula.

Model sedan segmen-C generasi ketujuh itu akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini. Seperti Sonata juga, Elantra ini menampilkan rekabentuk inovatif dan unik yang jarang dilihat pada kereta-kereta lain sebelum ini.



Rekabentuk Hyundai Elantra 2021 mempunyai elemen dramatik yang mana pereka-bentuknya menggelar sebagai “Futuristic Parametric Dynamics”.

Elantra serba baharu ini akan mendapat enjin petrol Smartstream G1.6 MPi yang berkuasa 123hp dan 154Nm tork. Sedan ini juga merupakan model pertama Hyundai yang mendapat transmisi IVT (Intelligent Variable Transmission) dengan lapan nisbah maya.

Menurut Hyundai, transmisi ini akan memberikan kecekapan bahan api, prestasi lebih baik serta penukaran gear yang responsif.

Selain dari rekaan menonjol, Hyundai Elantra baharu mempunyai kabin “immersive cocoon” yang memberikan segala kawalan mudah dicapai pemandu, seperti kokpit pesawat.

Paparan pemandu terdiri dari skrin Supervision TFT 10.25-inci manakala unit infotainmen adalah berukuran 8-inci serta menyokong semua aplikasi terkini.

Hyundai Elantra 2021 kini dibuka untuk tempahan dengan harga anggaran RM1XX,888 serta bayaran tempahan RM777.

Untuk maklumat lanjut, layari www.hyundai.com.my atau lawati sahaja ke mana-mana bilik pameran sah Hyundai.

Apa pendapat anda mengenai Elantra 2021 ini? Mampu menyaingi Honda Civic, Mazda3, dan Toyota Corolla?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here