OneXOX TKKR tarik diri dari Moto2 musim 2021

2172

OneXOX TKKR selaku penaja utama pasukan SAG Team, membuat keputusan untuk menarik diri daripada saingan Moto2 musim hadapan.

OneXOX TKKR

Pengumuman itu dibuat pengelola OneXOX TKKR sendiri, Datuk Bobie Farid Shamsudin menerusi siaran langsung di Facebook OneXOX TKKR SAG Team, semalam.



Menerusi video tersebut, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira pelbagai aspek terutamanya perbuatan pasukan Indonesia, Mandalika Racing Team (MRT) yang mendakwa mereka telah memeterai kerjasama dengan SAG Team sebelum ini.

Bagaimanapun, Datuk Bobie menjelaskan pengunduran pihak OneXOX tiada kaitan dengan isu ‘bankrap’ seperti didakwa MRT sebelum ini sebaliknya enggan terpalit dengan kontroversi ini.

OneXOX TKKR

“Saya mengambil keputusan ini atas nasihat beberapa individu rapat supaya kita dapat kembali ke meja perancangan dan buat strategi baharu untuk kembali satu hari nanti. Saya harap benda ini jelas, katanya.

Sementara itu, Datuk Bobie turut menjelaskan tentang status pelumba tempatan, Kasma Daniel Kasyamudin yang masih mempunyai baki kontrak dua tahun bersama pasukan itu setelah menandatangani kontrak tiga tahun sebelum ini.

OneXOX TKKR

“Tapi jika kita lihat pengumuman rasmi dari pasukan MRT, pasukan itu akan dikemudi oleh Thomas Luthi dan Kasma Daniel.

“Walaupun tiada pengesahan dari pihak SAG Team sendiri tetapi perbincangan ada berlaku di antara MRT dan SAG Team jadi kami enggan berada di tengah-tengah dalam perkara ini, tambahnya.

Pada masa sama, Datuk Bobie menafikan dakwaan bahawa pihaknya berdepan masalah kewangan seperti yang diwarwarkan.

“Kami perlu realistik dalam menangani perkara ini, kerana isu ini menjatuhkan reputasi kami sehingga mendakwa kami bankrap dan sebagainya.

“Untuk pengetahuan, tahun ini jumlah yang dipersetujui untuk SAG Team adalah EUR1.2 juta (RM5.8 juta) tetapi bila Covid-19 melanda dengan perlumbaan tidak seperti dijadualkan jadi pihak kami membuat pengurangan daripada jumlah yang dipersetujui, jelasnya lagi.

OneXOX TKKR difahamkan akan terus beraksi di pentas Cub Prix dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here