Pelumba pasukan Racing Point, Sergio Perez muncul juara buat kali pertama dalam saingan Formula 1 setelah meraih kemenangan di Grand Prix Sakhir.
Setelah jatuh ke kedudukan terakhir pada pusingan pertama, Perez berjaya bangkit untuk memimpin perlumbaan dan mengambil kesempatan ke atas pasukan Mercedes yang didenda kerana tersalah pasang tayar.
Untuk makluman, di Grand Prix Sakhir, kedudukan Lewis Hamilton yang disahkan positif Covid-19 baru-baru ini diganti oleh pelumba kelahiran United Kingdom, George Russell.
#NewProfilePic pic.twitter.com/mSEVzvAPsR
— Sergio Pérez (@SChecoPerez) December 6, 2020
Kesilapan pasukan Mercedes ini bermula apabila kedua-dua pelumba mereka memasuki pit secara serentak. Tayar yang dipasang pada jentera George Russell ketika itu sepatutnya dipasang pada jentera Valtteri Bottas.
Hal ini menyebabkan Bottas terpaksa menunggu selama 27 saat untuk menukar kepada tayar-tayar baharu tetapi kerana kekalutan itu, dia terpaksa menggunakan tayar hadapan yang sama untuk meneruskan perlumbaan.
A picture paints a thousand words#SakhirGP 🇧🇭 #F1 pic.twitter.com/oJlCTldCAX
— Formula 1 (@F1) December 6, 2020
Walaupun mempunyai masalah tayar yang tidak sesuai, Russell berjaya mengejar Sergio Perez dan berada di tempat kedua untuk seketika sebelum mengalami masalah pancit, yang menyebabkan Russell terpaksa kembali memasuki pit.
Untuk kes tersalah pasang tayar ini, pasukan Mercedes didenda €20,000 (RM98,793).
What an extraordinary race #SakhirGP 🇧🇭 #F1 pic.twitter.com/ktGauOprIe
— Formula 1 (@F1) December 6, 2020
Kedudukan pertama, kedua dan ketiga masing-masing diraih oleh Sergio Perez, Esteban Ocon dan Lance Stroll, manakala Valtteri Bottas dan George Russell sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan dan kesembilan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar