Goodyear Eagle F1 Sport kini di Malaysia, 16- hingga 18-inci, dari RM294

1430

Goodyear Malaysia telah menambah satu lagi model dalam rangkaian tayar prestasi tinggi ultra (UHP) mereka, iaitu Eagle F1 Sport.

Tayar ini disasarkan khas untuk pemandu yang mahukan prestasi pemanduan sporti dan menyeronokkan. Goodyear Eagle F1 Sport ditawarkan dalam 22 saiz untuk 16- hingga 18-inci, dengan harga antara RM294 hingga RM678.



Eagle F1 Sport juga merupakan tayar yang sesuai untuk upsizing, kerana ia direka khas bagi meningkatkan tindak balas stereng dan pengendalian kering (dry handling).

Selain itu, ia juga meningkatkan cengkaman semasa berselekoh dan memberikan penampilan yang lebih agresif pada kenderaan.

Tayar sport mid-range ini menggabungkan teknologi inovatif Goodyear di trek perlumbaan dengan ketahanan dan keselesaan tayar jalan raya dan dalam masa yang sama menawarkan prestasi pengendalian dan brek yang cemerlang dalam keadaan cuaca yang berbeza. 

Pengendalian tepat dan responsif

Setanding dengan semua tayar yang merupakan sebahagian daripada keluarga Goodyear UHP, Eagle F1 Sport menampilkan reka bentuk tapak Eagle Claw yang dilengkapi dengan blok bahu yang lebih kuat.

Dilengkapi dengan Teknologi ActiveControl, tayar sentuhan bahu dimaksimumkan dan tahap kekakuannya ditingkatkan bagi memberikan kestabilan dan ketepatan stereng semasa berselekoh.

Prestasi yang lebih tenang

Menggunakan reka bentuk tapak yang unik, tayar ini dilengkapi dengan jalur penghalang kebisingan yang diperbuat dari getah dan diletakkan di antara lapisan dan pelapik untuk memberikan perjalanan yang lebih tenang dan lancar.

Reka bentuk ini ditingkatkan dengan terdapatnya alur lateral sempit pada tayar yang mana dapat mengurangkan getaran dan bunyi bising untuk perjalanan yang selesa.

Prestasi brek mantap

Menambah ketepatan dan pengendalian Eagle F1 Sport adalah Teknologi DynamicBraking Goodyear. Prestasi brek pada permukaan jalan basah dan kering dapat ditingkatkan dengan adanya gabungan tapak Eagle Claw dan tapak silika tinggi yang dimuatkan dengan matriks polimer.

Tambahan lagi, bentuk rongga yang lebih baik memberikan jejak yang lebih luas untuk pengedaran hubungan dan tekanan yang lebih baik.

Goodyear Eagle F1 Sport kini boleh didapati di semua pusat Goodyear Autocare di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.goodyear.com.my/eagle-f1/.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here