Diskaun penerbangan domestik AirAsia, harga serendah RM12

1264

Bermula semalam, AirAsia Bhd menawarkan tawaran tambang serendah RM12 sehala untuk penerbangan domestik.

airasia

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, jualan selama tiga hari itu sempena dengan pembukaan semula kebenaran perjalanan antara daerah dan negeri dalam negara yang bermula semalam.



Beliau berkata, tambang termasuk semua untuk ahli BIG bermula untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.

Katanya, bagi semua tempahan penerbangan yang dibuat sehingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 juga boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan ‘Tempahan Saya’.

airasia

“Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami. Jadi, kami sentiasa komited untuk memberi jaminan ini dan sudah meningkatkan langkah keselamatan serta kebersihan,” kata Riad Asmat.

“Perjalanan udara domestik adalah salah satu sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pandemik ini di samping memulihkan ekonomi,” tambahnya.

Riad berkata, AirAsia sebelum ini turut memperkenalkan lapan laluan domestik baharu dan menjangka promosi Cuti-Cuti Malaysia yang bermula dari RM12 ini akan memenuhi permintaan perjalanan domestik.

Beliau berkata, AirAsia juga berbesar hati bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November lalu. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here