Mercedes-Benz mempersembahkan sesuatu yang agak unik pada dua model keluaran mereka iaitu AMG GT R dan G-Class.
Kedua-dua kenderaan ini diberikan wrap yang agak menarik, dimana rekaan wrap ini dihasilkan khas untuk sambutan hari Krismas.
Wrap pada Mercedes-AMG GT R menampilkan rekaan yang menggabungkan pelbagai grafik sambutan hari Krismas, dengan campuran warna merah jambu, oren dan putih.
Dengan rekaan yang pelik sebegini, Mercedes-AMG GT R ini sudah tentu akan menarik minat orang ramai sekiranya dipandu di jalan raya.
Rekaan wrap pada Mercedes-Benz G-Class pula menampilkan pelbagai bentuk yang digabungkan dengan pelbagai warna seperti merah, putih dan hijau. Selain roda dengan warna hitam gloss, G-Class ini juga disertakan dengan gril berwarna hitam pada lampu hadapan.
Mercedes-Benz juga difahamkan akan memanfaatkan musim perayaan ini dengan menyediakan wrap dengan tema hari Krismas pada beberapa buah model lain sebelum 25 Disember.
Dalam perkembangan lain, Mercedes-Benz dikatakan sedang giat menghasilkan kenderaan elektrik mereka iaitu EQS, yang akan mengungguli rangkaian sedan elektrik mereka. EQS dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2021 dan akan mampu menempuh jarak sehingga 700km.
Selain itu, Mercedes-Benz juga difahamkan akan memperkenalkan crossover elektrik mereka iaitu EQA. Model ini turut dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan dan akan ditawarkan dengan tiga konfigurasi powertrain yang masing-masing mampu menghasilkan 201hp, 268hp, dan 335hp.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar