Subaru Corporation dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Subaru Levorg serba baharu telah dianugerahkan Car of the Year Japan 2020-2021.
Ini merupakan kali ketiga Subaru memenangi anugerah itu, selepas Impreza Sport/G4 memenanginya pada 2016.
Berlandaskan Grand Touring Philosophy, para jurutera Subaru membangunkan sebuah kereta yang membolehkan pemandu dan penumpang “pergi lebih jauh dengan lebih selamat, selesa dan seronok”.
Levorg serba baharu dibangunkan sebagai sebuah wagon prestasi dengan nilai-nilai seperti keselamatan, ciri sport serta praktikaliti sebuah wagon yang telah ditambah-baik menggunakan teknologi terkini Subaru.
Setakat 6 Disember 2020, sebanyak 12,594 unit Subaru Levorg telah ditempah, melebihi sasaran bulanan sebanyak 2,200 unit.
Levorg yang inovatif ini juga diterima baik memandangkan 94 peratus pelanggan memilih varian yang dilengkapi EyeSightX iaitu sistem bantuan pemanduan termaju Subaru.
“Ianya satu penghormatan besar apabila Levorg dipilih memenangi anugerah tersohor ini,” kata Tomomi Nakamura, presiden dan CEO Subaru Corporation.
“Saya hendak berterima kasih kepada semua pelanggan dan pemegang saham kami di atas sokongan mereka selama ini. Kami akan meningkatkan usaha kami untuk memberikan ‘keseronokan dan ketenangan jiwa’ kepada semua pelanggan kami,” kata Nakamura.
Ia dibina di atas pelantar Subaru Global Platform dan mendapat enjin 1.8-liter flat-four turbo petrol, cukup untuk menjana 174hp dan 300Nm tork.
Berbanding generasi sebelum ini, Levorg kali ini 65mm lebih panjang, jadi ruang dalamannya sepatutnya lebih luas.
Pintu tailgate belakangnya boleh dibuka secara hands-free, dan akan terdapat 561 liter ruang kargo, iaitu 72 liter lebih dari sebelumnya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar