Seorang lelaki dari Sulawesi Barat, Indonesia membeli sebuah skuter dengan caranya tersendiri.
Dikenali sebagai Solikhin, dia perlu menabung selama empat tahun bagi memenuhi impiannya untuk memiliki skuter tersebut.
Solikhin difahamkan membeli sebuah Yamaha Nmax 155 secara tunai di pusat pengedar Yamaha Suraco Cabang Mamuju. Apa yang menarik, skuter tersebut dibayar secara tunai menggunakan duit syiling.
Solikhin yang merupakan penduduk asal Mamuju, Sulawesi Barat bekerja sebagai seorang penjual kerepek.
Ketika ingin membayar skuter tersebut, Solikhin menyatakan dalam tempoh empat tahun yang lepas, dia sudah memasang niat untuk membeli motosikal baharu bagi menggantikan motosikalnya yang sudah berusia.
“Tempoh tersebut bukanlah suatu waktu yang singkat, namun Solikhin tetap berusaha dan bersemangat bagi merealisasikan impinannya. Kisah Solikhin ini boleh menjadi inspirasi bahawa tidak ada mimpi yang tidak mungkin kita gapai,“ kata GM Marketing PT Suracojaya Abadimotor, Frengky J. Tunandar.
Untuk makluman, Yamaha Nmax pertama kali dilancarkan pada tahun 2015 oleh PT Yamaha Indonesia Motor Mfg (YIMM). Sehingga kini, siri Yamaha Nmax telah dieksport ke 40 negara dan merupakan standard motosikal antarabangsa.
Skuter ini dikuasakan enjin 155cc SOHC 4-lejang dengan suntikan bahan api, menghasilkan 15.4PS pada 8,000rpm dan 13.9Nm tork pada 6,000rpm.
Enjin ini disertakan dengan sistem Stop & Start dimana ia akan mematikan enjin secara automatik bila dalam keadaan idling untuk penjimatan bahan api.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar