Proton daftar tanda nama V70, pengganti Exora bakal tiba?

5301

Sebelum pelancaran Proton X70 yang menjadi model pertama hasil kerjasama dengan Geely, syarikat nasional itu telah mendaftarkan satu senarai tanda nama pada 2018.

Agak banyak juga, yang boleh digunakan untuk pelbagai segmen model. Tetapi menariknya, salah satu dari nama itu ialah V70.

Sumber: Wapcar.my

Jika huruf ‘X’ digunakan utnuk model-model crossover dan SUV, maka huruf ‘V’ boleh digunakan untuk MPV, van atau wagon. Penamaan ini hampir serupa dengan Volvo yang menggunakan huruf ‘XC’ untuk SUV, ‘V’ untuk wagon dan ‘S’ untuk sedan.



Volvo XC60

Menurut Wapcar.my, Proton pernah memberitahu bahawa satu model baharu berasaskan Geely akan hadir pada 2021, walaupun belum pasti model apa.

Jika kita lihat pula pada barisan model Geely, satu calon sesuai untuk Proton V70 ialah Geely Jiaji, sebuah MPV segmen-C untuk menggantikan Proton Exora.

Tetapi harus diingat, segmennya difahamkan akan berubah kerana Jiaji menggunakan platform dan mempunyai dimensi lebih besar berbanding Exora. Jika ini menjadi kenyataan, Exora akan ‘naik pangkat’ menjadi MPV lebih premium.

Tanda nama lain yang didaftarkan ada disenarai di hujung artikel. ‘S’ mungkin menjadi sedan, mungkinkah ‘C’ menjadi hatchback atau coupe? Ehem Satria dan Putra generasi baharu ehem!

Namun tiada nama ‘Proton X90’ dalam senarai. Adakah ia masih diproses atau ‘V90’ akan digunakan untuk SUV lebih besar seperti segmen-D?

Apa yang pasti sekarang ialah akan ada satu model berasaskan model Geely tahun depan. Sama-sama kita nantikan.

Senarai nama-nama yang disenaraikan Proton:

PROTON S3
PROTON S30
PROTON S300
PROTON PS3

PROTON S5
PROTON PS5
PROTON S50
PROTON S500

PROTON V5
PROTON PV5
PROTON V50
PROTON V500

PROTON V7
PROTON PV7
PROTON V70
PROTON V700

PROTON X5
PROTON PX5
PROTON X50
PROTON X500

PROTON X7
PROTON PX7
PROTON X70
PROTON X700

PROTON C5
PROTON PC5
PROTON C50
PROTON C500

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here