Andai benar berita ini, rasanya ramai yang akan serbu premis wakil jualan sah Honda untuk menilik dari dekat. Sekian lama peminat Honda menunggu maka di kabarkan pada 18 Disember nanti model CBR250RR (2020) akan dilancarkan di negara kita.
Desas desus sampai ke pengetahuan penulis iaitu Boon Siew Honda (BSH) mendedahkan sportbike suku liter itu bakal dilancarkan hujung tahun ini.
Setakat ini penulis belum menerima sebarang perincian dari pihak BSH. Hanya desas-desus mengenai pelancaran jentera idaman anak muda pada 18 Disember jam 8 malam di laman Facebook.
Bukan sekejap penantian terhadap model suku liter ini oleh peminat tegar Honda. Tiga tahun satu jangka masa yang boleh mengubah fikiran kepada mereka yang terdesak mencari motosikal berkategori suku liter.
Menurut sumber kelewatan tersebut disebabkan BSH terpaksa menunggu model CBR250RR versi dipertingkat (facelift) dilancarkan di Indonesia dan Jepun.
Berbaloi bagi mereka yang bersabar, apabila CBR250RR (facelift) terkini yang lebih berkuasa akan di bawa masuk oleh BSH ke pasaran negara kita.