EV terlaris di Eropah, jualan Renault Zoe cecah lebih 84,000 unit dari Januari hingga November 2020

1342

Renault Zoe telah berjaya mengalahkan jualan kenderaan elektrik lain di pasaran setakat ini apabila muncul sebagai kenderaan elektrik paling laris dijual di Eropah pada tahun ini.

Renault Zoe

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pengeluar dari Perancis tersebut, Renault Zoe berjaya dijual lebih 84,000 unit dari Januari hingga November 2020, dan jumlah tersebut menghampiri dua kali dari jualan dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.



Zoe muncul sebagai kenderaan elektrik paling laris di Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugal. Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, Zoe telah berjaya dijual melebihi 268,000 unit di Eropah.

Selain itu, hampir satu pertiga daripada kenderaan komersil ringan elektrik yang dijual di Eropah kini dipegang oleh Kangoo Z.E. iaitu sebanyak 8,498 unit. Sejak dilancarkan kira-kira 10 tahun yang lalu, Kangoo Z.E. telah pun terjual sebanyak 57,595 unit di Eropah.

Dalam perkembangan lain, Renault difahamkan dalam rancangan untuk memperkenalkan sebuah hatchback kompak berdasarkan Megane eVision Concept yang mampu memberikan saingan kepada model seperti Volkswagen ID.3.

Model ini difahamkan akan menggunakan platform CMF-EV yang turut digunakan oleh Nissan Ariya dan mempunyai motor elektrik yang mampu menghasilkan 217hp dan 300Nm tork. 

Selain dilengkapi dengan pek bateri 60 kWh dikatakan menyokong sistem pengecasan pantas sehingga 130 kW, model ini difahamkan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa kurang dari lapan saat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here