Makin ramai tak patuh lampu isyarat, Op Lampu Isyarat Merah dilancar

2150

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) semalam telah melancarkan Operasi Lampu Isyarat Merah bermula 15 Disember sehingga 31 Disember ini.

Pengarahnya, Datuk Azisman Alias berkata, ia berikutan ramai pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas, termasuklah kesalahan tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat merah.

Rider Foodpanda. Sumber: The Star

Azisman juga menekankan mengenai penunggang atau rider penghantar makanan yang dilihat sering tidak mematuhi lampu isyarat.



“Operasi ini adalah bagi mengesan mereka yang melakukan kesalahan sebegini terutama di kalangan penunggang motosikal termasuk penghantar makanan/barangan (p-hailing) serta pemandu kenderaan lain.

“Ia juga bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi lampu isyarat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, pengguna jalan raya turut diingatkan agar berhati-hati dan sentiasa mematuhi isyarat lalu lintas bagi keselamatan awam.

“Penunggang motosikal atau kenderaan lain yang didapati melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah akan diambil tindakan saman serta-merta atau direkodkan butiran kenderaan terlibat bagi tindakan susulan saman.

“Tindakan boleh diambil di bawah Kaedah 17, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang mana boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan,” tambahnya.

Untuk rekod, sebanyak 69,267 saman atas kesalahan melibatkan langgar lampu isyarat merah pernah dikeluarkan pada 2019, merangkumi motosikal (32,657 saman), kereta (29,873), lori (2,808) dan lain-lain kenderaan (3,929).

Manakala bagi Januari hingga November tahun ini, sebanyak 52,170 saman telah dikeluarkan, angka tertinggi masih melibatkan motosikal (26,764), diikuti kereta (20,751), lori (2,208) dan lain-lain kenderaan (2,447).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here