Modenas Kriss 110 dinaiktaraf dengan brek cakera, hanya RM3.8k!

3524

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), kini memperkenalkan varian Disc Brake dari model moped terlaris mereka iaitu Modenas Kriss 110.

 Kriss 110 Disc Brake

Varian baharu ini dilengkapi dengan beberapa peningkatan pada model Kriss 110 yang dilancarkan pada bulan September 2019, termasuk ciri-ciri keselamatan yang lebih baik serta gaya yang dikemas kini.



Kriss 110 Disc Brake kini disertakan dengan brek cakera piston berkembar pada bahagian hadapan dan brek dram pada bahagian belakang.

Selain penyerap hentak berkembar, motosikal ini turut dilengkapi dengan tayar tanpa tiub bersama rim sukan, warna kelabu titanium pada penutup enjin dan pelindung ekzos untuk memberikannya gaya yang sporti.

Dengan berat hanya 97kg, varian baharu ini dilengkapi dengan enjin 4-lejang, SOHC, silinder tunggal, yang mampu menghasilkan 6.5hp dan 6.7Nm tork.

 Kriss 110 Disc Brake

Pada bahagian hadapan, varian baharu ini didatangkan dengan lampu hadapan jenis multi-reflector baharu untuk peningkatan pencahayaan ketika menunggang pada waktu malam. 

Varian baharu ini juga memperkenalkan warna merah sebagai pilihan warna baharu, didatangkan bersama warna biru dan hitam asli yang ada sebelumnya.

 Kriss 110 Disc Brake

Antara beberapa kemudahan yang disertakan ialah penunjuk bahan api dan gear digital, soket pengecas USB dan ruang simpan bawah tempat duduk berkapasiti 6.6 liter yang dikekalkan.

 Kriss 110 Disc Brake

Selain itu terdapat juga ciri lampu kecemasan baharu yang sangat penting terutama semasa kecemasan, atau ketika berhenti di tepi jalan kerana hujan lebat.

Berharga RM3,877 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), Kriss 110 Disc Brake dilengkapi dengan jaminan dua tahun atau 20,000km, atau yang mana terdahulu, diperakui EEV dan sepenuhnya mematuhi piawaian pelepasan Euro 3.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here