Honda Civic Type-R dikemaskini di Australia, suspensi dan pengendalian lebih mantap

3109

Honda kini memperkenalkan Civic Type-R 2021 di Australia, dengan kemas kini yang sama seperti model di pasaran lain, namun ada sedikit ciri peningkatan yang dilakukan.

 Civic Type R 2021

Antara ciri peningkatan yang diberikan pada Civic Type-R 2021 ialah Adaptive Damper System. Ianya akan ‘membaca’ keadaan jalan dengan lebih cepat daripada sebelumnya, dan menghasilkan tindak balas penyerap hentak yang lebih baik untuk pengendalian dan kualiti perjalanan yang selesa.



Selain itu, bushing pada komponen suspensi belakang telah dinaik taraf untuk mengurangkan daya olengan, memberikan kawalan badan lebih baik di selekoh.

 Civic Type R 2021

Bahagian hadapan pula disertakan dengan bushing serba baharu dan ball-joints bergeseran rendah bagi memberikan rasa pemanduan yang lebih baik.

Honda juga telah meningkatkan prestasi membrek pada Civic Type-R 2021, dengan brek cakera depan dan belakang dari bahan lebih tahan.

 Civic Type R 2021

Civic Type-R 2021 dikuasakan oleh enjin 2.0-liter VTEC Turbo empat silinder yang sama, mampu menghasilkan sehingga 306hp dan 400Nm tork. Enjin ini digabungkan dengan transmisi manual 6-kelajuan dan fungsi rev-matching.

Walaupun output tidak berubah, gril yang disertakan pada model 2021 lebih besar dan akan mengurangkan suhu sehingga 10 darjah celsius dalam situasi pemanduan prestasi seperti dalam litar.

 Civic Type R 2021

Model baharu juga menyediakan ciri Kawalan Suara Aktif, yang akan meningkatkan catatan enjin semasa dalam mod Sport dan +R.

Ciri Honda LogR turut disediakan, dimana ciri ini akan menggabungkan sistem komputer dan sensor pada kereta dengan aplikasi pada telefon pintar pemiliknya.

 Civic Type R 2021

Selain tombol gear yang baharu, bahagian stereng Type-R juga kini disertakan dengan balutan Alcantara. Warna Racing Blue yang disertakan pada model baharu ini pula merupakan warna tambahan bagi pilihan warna sebelumnya iaitu Rally Red, Crystal Black dan Championship White.

Harga di Australia untuk Honda Civic Type-R ialah pada AU$54,990 (RM169k), iaitu penambahan AU$3,000 (RM9.2k) dari model sedia ada.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here