Lebih daripada 1,000 pemandu di Jepun terkandas dan terpaksa bermalam dalam kesesakan lebuhraya sepanjang 14km angkara ribut salji baru-baru ini.
Kejadian difahamkan berlaku di lebuhraya Kanetsu, yang menghubungkan Tokyo dan Nigita.
Lebih malang, semua pemandu yang terlibat terpaksa menunggu selama 40 jam dan mereka hanya ada sedikit bekalan makanan dan air untuk mengharungi tempoh lama dalam kesesakan itu.
Menurut Syarikat konsesi lebuh raya di negara itu, Syarikat Lebuhraya Nippon (Nexco), kesesakan bermula apabila sebuah kenderaan terkandas dalam salji tebal di tengah lebuh raya menyebabkan lalu lintas terhalang.
Selepas kejadian tersebut, masalah lalu lintas dan bekalan elektrik terputus di beberapa tempat.
Mereka terkandas di tengah lebuh raya yang dilitupi salji diberi pertolongan oleh pasukan bantuan yang menghantar bebola nasi, roti, keropok, makanan ringan, 600 botol air serta ribuan liter petrol dan diesel.
Menurut petugas pengurusan krisis Niigata, Tsuyoshi Watanabe, seorang wanita berusia 30-an dan seorang lelaki berusia 60-an dibawa ke hospital akibat masalah pernafasan dan mengalami mual.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar