Maxus V80 ini ialah ambulans bertekanan negatif pertama di Malaysia

2698

Weststar Maxus Sdn Bhd telah memperkenalkan ambulans Negative Pressure (bertekanan negatif) pertama di negara ini. Ianya akan memberikan perlindungan lebih baik kepada petugas perubatan dan barisan hadapan dalam menangani Covid-19 dan penyakit berjangkit.

Ambulans bertekanan negatif dilengkapi dengan penambahan khas untuk memindahkan pesakit-pesakit dengan penyakit berjangkit dengan lebih selamat.



Tekanan negatif ambulans ini dihasilkan dengan perangkap Isolation Chamber dan membersihkan udara menggunakan penapis HEPA. Udara hanya akan discaj (dikeluarkan) selepas ditapis yang akan menghalang patogen dan bakteria berbahaya dari merebak.

Udara di dalam ambulans bertekanan negatif akan dikawal supaya sentiasa berada pada tahap barometrik tertentu berbanding udara luar. Jadi kabinnya ibarat seperti bekas kedap udara, dan hanya udara luar yang boleh masuk ke dalamnya.

Ambulans ini dibina khas pada van Maxus V80 versi long-wheelbase dan ianya telah diuji dan terbukti dalam menangani penyebaran virus Covid-19 di China sebelum ini. Ambulans Maxus V80 ini juga telah disahkan dan mematuhi piawaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ambulans ini juga dilengkapi kelengkapan seperti pod pengasingan dan usungan (stretcher) khas yang bukan sahaja menjaga pesakit, malah melindungi petugas perubatan yang mengendalikannya.

Semua rangkaian Maxus V80 didatangkan dengan jaminan tiga-tahun/100,000km, dan pakej servis percuma empat-tahun/100,000km termasuk alat ganti, bendalir dan upah.

Untuk maklumat lanjut, layari www.weststarmaxus.com.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here