Ini lakaran Perodua Myvi dengan kit badan GR, on tak on?

4216

Sebagai kereta paling laris di Malaysia, mungkin ramai yang berharap versi sport dari Perodua Myvi akan diperkenalkan. Walaupun penampilan Myvi GT membuatkan ramai pihak teruja, model tersebut belum lagi dihasilkan secara besar-besaran.

Myvi GR

Baru-baru ini, Theophilus Chin sekali lagi menarik perhatian perhatian ramai apabila lakaran (rendering) Myvi versi GR diperkenalkan.



Menggunakan Perodua Myvi generasi terkini, hatchback itu dikenakan penggayaan ala GR Yaris. Ini dapat dilihat dari bampar depan dan belakang yang agresif. Spoiler belakang juga mempunyai elemen WRC.

Myvi GR

Nampaknya kit badan Gazoo Racing ini sesuai pada banyak model keluarga Toyota (termasuk Daihatsu dan Perodua). Mungkin selepas ini ada lakaran untuk Axia, Alza dan Aruz pula?

Pada tahun 2018, Perodua mempamerkan kereta konsep Myvi GT di KLIMS, tetapi mereka tidak merancang untuk mengeluarkannya menjadi model produksi.

Walaubagaimanapun pada Julai 2019, Perodua menyatakan bahawa mereka sedang melihat kepada cara untuk menghasilkan versi Myvi GT yang lebih mampu milik.

Kenyataan ini dibuat oleh Ybhg Dato’ Dr Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd.

Setakat ini, apa pendapat anda mengenai Perodua GR Myvi? Atau kita boleh panggil Perodua Myvi GR-Sport?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here