Polis trafik mabuk pandu Perodua Axia lawan arus ditahan

1603

Bukan sahaja memandu di bawah pengaruh alkohol, seorang anggota polis trafik berjaya ditahan setelah memandu secara melawan arus pada jam 12.30 tengah malam tadi.

gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, pihaknya menerima satu rakaman video berkaitan sebuah Perodua Axia yang dipandu secara berbahaya menyongsang arus di Jalan Lingkaran Dalam.

Katanya bertindak atas makluman, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor Bahru Selatan menahan lelaki berusia 25 tahun.



“Lelaki itu yang juga anggota polis trafik di Johor Bahru Selatan ditahan di stesen minyak Lingkaran Dalam kerana memandu secara melawan arus dan disyaki di bawah pengaruh alkohol, kata Ayob Khan.

“Hasil siasatan mendapati anggota polis ini tidak bertugas semasa kejadian dan menggunakan kenderaan persendirian.

“Polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan paling tegas kepada mana-mana pihak termasuk pegawai dan anggota polis yang melanggar undang-undang, tambahnya.

polis melawan arus

Ayob Khan berkata, suspek disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, video berdurasi satu minit 36 saat tular di media sosial melihatkan sebuah Perodua Axia berwarna perak dipandu secara melawan arus.

Kenderaan itu dipandu di lorong laju dan sederhana dengan lampu kecemasan dibuka selain turut berhenti di tengah jalan sebelum membuat pusingan U.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here