Pesawat Buddha Air bawa penumpang ke lapangan terbang yang salah

1457

Syarikat penerbangan Nepal, Buddha Air membuat kesalahan teknikal baru-baru ini kerana menerbangkan penumpang mereka ke lapangan terbang yang salah.

buddha air

Salah sebuah pesawat syarikat tersebut difahamkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan Kathmandu pada 18 Disember. Pesawat yang membawa seramai 69 penumpang tersebut sepatutnya melakukan penerbangan ke arah selatan menuju Janakpur.



Namun, pesawat tersebut difahamkan terbang ke arah barat laut, sebelum mendarat di Pokhara, tengah Nepal. Jarak antara dua bandar ini kira-kira 402km.

Menurut pegawai eksekutif di Buddha Air, Astha Basnet, kesilapan teknikal tersebut berlaku disebabkan dua faktor iaitu salah faham komunikasi antara staf di lapangan dan juruterbang dan kegagalan untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang terperinci.

Setelah syarikat penerbangan tersebut mengetahui kesilapan teknikal ini, mereka meminta juruterbang membawa penumpang ke Janakpur seperti yang dijadualkan. Tidak ada jadual penerbangan langsung antara Pokhara dan Janakpur, namun syarikat penerbangan ini diberi kebenaran khas untuk terbang ke sana.

Semua penumpang selamat sampai ke Janakpur dengan selamat, walaupun lewat beberapa jam dari jadual yang telah ditetapkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here