Gara-gara terlanggar lubang jalan raya, Khairy Jamaluddin terjatuh ketika berbasikal

1676

Umum mengetahui bahawa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar memang tidak asing lagi dengan aktiviti berbasikal.

Khairy Jamaluddin

Beliau yang sudah lama melakukan aktiviti itu kadang-kala berkongsi gambar-gambar ketika sedang mengayuh basikal secara berkumpulan ataupun secara sendirian di media sosialnya.



Baru-baru ini, menerusi perkongsian terbarunya di laman Twitter, YB Khairy Jamaluddin atau mesra disapa KJ telah memuat naik gambar keadaannya yang mengalami calar di bahagian muka disebabkan terjatuh ketika mengayuh basikal.

Dalam perkongsian tersebut, beliau ada memaklumkan telah terlanggar jalan berlubang sebelum terjatuh daripada basikal berhampiran parit kecil.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat sebanyak 2.5k retweet, 5.5k likes dan pelbagai komen dari warganet.

Walau bagaimanapun, YB Khairy Jamaluddin difahamkan hanya mengalami kecederaan ringan dan tidak serlus.

Menerusi ruangan komen, ada sesetengah warganet berharap pihak-pihak tertentu peka dengan keadaan jalan di kawasan-kawansan tersebut kerana bimbang akan berlaku kemalangan yang sama seperti yang menimpa Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi Malaysia itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here