Kenderaan terjunam dalam air? Ini panduan yang boleh anda lakukan

1802

Tragedi kenderaan terjunam dalam air di sungai Batang Lupar baru-baru ini sehingga menyebabkan sembilan kematian pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada kita semua.

kenderaan dalam air
gambar hiasan

Sudah tentu tiada sesiapa mahu terperangkap dalam situasi cemas yang boleh meragut nyawa itu. Namun, mungkin tidak ramai yang sedar apa yang perlu kita lakukan jika terperangkap dalam situasi tersebut.

Menurut ABC News, mangsa hanya mempunyai masa 30 saat untuk keluar dengan selamat sebelum air memenuhi kenderaan. Malah, kita juga dilarang untuk membuat panggilan kecemasan terlebih dahulu, sebaliknya berusaha untuk keluar dari kenderaan.



kenderaan dalam air
gambar hiasan

Menurut Geoff Fahringer dari Jabatan Sheriff Naples, Florida, sangat kritikal untuk keluar secepat mungkin bila saja seseorang sedar kenderaannya berada di dalam air. Selain itu, menurut Dr Gordon Giesbrecht dari University of Manitoba, 30 hingga 60 saat ialah tempoh masa seseorang perlu keluar dari kenderaan yang sedang tenggelam.

Dalam ujikaji tindakan ketika kereta jatuh ke dalam air, sepasukan penyelam yang menaiki kenderaan telah melakukan prosedur seperti berikut semasa kenderaan mereka tenggelam iaitu:

1. Buka tali pinggang keselamatan
2. Turunkan tingkap
3. Keluar daripada kenderaan

Melalui ujian ke atas kenderaan dengan empat penumpang, kesemua mereka mengambil masa kira-kira 20 saat untuk menyelamatkan diri selepas ‘berlawan’ dengan arus air yang masuk melalui tingkap.

Bagi kenderaan yang mempunyai penumpang kanak-kanak pula, selamatkan anak yang paling tua terlebih dahulu dan anak paling muda yang terakhir. Prosedur ini untuk meningkatkan peluang selamat bagi kesemua mereka.

Perkara yang dilarang untuk dilakukan dalam kenderaan yang sedang tenggelam: 

1. Jangan guna telefon

Kesilapan utama yang ramai lakukan ialah membuat panggilan kecemasan kerana ia bukan masa yang sesuai.

Berdasarkan laporan itu, ramai mangsa yang cuba membuat panggilan kecemasan ketika kenderaan sedang tenggelam. Namun, ia bukan tindakan yang tepat.

“Jadi perkara pertama, jangan sentuh telefon. Jangan telefon 911 (talian kecemasan) dari dalam kenderaan yang sedang tenggelam,” kata Dr Gordon.

2. Jangan buka pintu kenderaan

kenderaan dalam air

Hal ini kerana arus air akan menolaknya tertutup kembali serta boleh menyebabkan kenderaan lebih cepat tenggelam, membuatkan anda mungkin tidak sempat keluar daripada kenderaan itu dengan segera.

3. Jangan tunggu kereta tenggelam ke dasar

Tambah Gordon, saranan untuk membiarkan kenderaan tenggelam ke dasar (agar tekanan air di dalam dan luar kenderaan adalah sama) sebelum membuka pintu adalah satu salah faham semata-mata.

“Ia terlalu lambat,” katanya.

4. Guna alat yang sesuai untuk keluar

kenderaan dalam air

Anda boleh mendapatkan alat pemecah tingkap untuk memudahkan diri. Mungkin anda juga perlu menyimpan alat pemotong tali pinggang di dalam kenderaan jika berlaku kecemasan.

Semoga kita semua terpelihara daripada sebarang marabahaya. Tonton video di bawah dengan sarikata bahasa Melayu yang disediakan oleh Public Health Malaysia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here