Banjir: Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 di Kilometer 198 ditutup

1307

Pengguna yang mahu ke Kuantan dan Kuala Lumpur diminta menangguhkan perjalanan buat sementara waktu kerana Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 di Kilometer 198 antara persimpangan bertingkat Gambang dan Sri Jaya.

Ini kerana, laluan tersebut ditutup kepada semua kenderaan akibat limpahan air sungai sejak jam 8.40 pagi tadi.

LPT ditutup



Menurut syarikat konsesi LPT, ANIH Berhad (ANIH), penutupan itu berikutan kawasan terbabit sepanjang satu kilometer dinaiki air sedalam kira-kira 0.6 meter.

Hujan lebat berterusan menyebabkan semua lorong di kedua-dua hala ditutup kepada semua kenderaan.

“Orang ramai dinasihat mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur untuk status terkini keadaan trafik dan lebuh raya,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here