Penunggang motosikal maut langgar jalan berlubang

1229

Seorang lelaki warga emas maut selepas terjatuh, apabila motosikal ditunggangnya dipercayai telah melanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

maut jalan lubang

Mangsa, Ho Yan Fee, 75, meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, polis menerima laporan pada 7.30 pagi semalam.



“Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Connaught menghala ke pusat beli-belah Midvalley terbabas sendiri,” kata Zulkefly.

“Mangsa melanggar jalan berlubang di lokasi lalu terjatuh dan meninggal dunia,” tambahnya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam perkembangan lain, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, kemalangan yang berlaku disebabkan jalan berlubang memerlukan penyelesaian segera.

Dalam laman Twitternya, Annuar berkata, beliau sedih kerana kemalangan masih lagi berlaku dan itu sudah cukup membuka mata betapa seriusnya masalah itu.

“Dukacita masih berlaku kemalangan yg berpunca dari permukaan jalan yg berlubang… mahu “wake up call” yang macam mana lagi?” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here