Lelaki ini jumpa semula Chevrolet Camaro 1969 miliknya yang dicuri selepas 17 tahun

1564

Mengalami kecurian kenderaan mungkin merupakan suatu perkara paling teruk yang seseorang akan rasai.

Namun, lelaki yang dikenali sebagai Tommy Cook ini bernasib baik kerana menemui semula Chevrolet Camaro 1969 miliknya yang dicuri selepas 17 tahun.

gambar hiasan

Menurut The Free Lance-Star, kereta Cook dicuri dari bengkel baik pulih kenderaan miliknya pada tahun 2003. Ketika dicuri, Camaro tersebut tidak mempunyai enjin kerana telah dikeluarkan terlebih dahulu, dan ianya difahamkan dilarikan menggunakan treler. 



Walaupun dicuri, Cook tidak pernah berputus asa untuk mencari semula muscle car tersebut. Namun, peluang untuk menjumpainya semula semakin pudar, tahun demi tahun yang berlalu.

Nasib Cook berubah pada suatu hari apabila seorang kenalan memintanya untuk mencari Camaro 1968 di kedai yang berhampiran. Setibanya Cook di kedai tersebut, sebuah Camaro 1969 menarik perhatiannya.

Chevrolet Camaro 1969
Chevrolet Camaro 1969

Cook bertanya tentang muscle car yang berwarna hijau tersebut, dan diberitahu ianya pada asalnya berwarna Hugger Orange, sama seperti Camaro 1969 miliknya yang dicuri.

Setelah mengemukakan beberapa soalan dan diberi jawapan yang tidak masuk akal, Cook menyedari bahawa Camaro 1969 yang berada di kedai tersebut mempunyai banyak persamaan dengan Camaro 1969 miliknya yang dicuri.

Beberapa bahagian kereta tersebut sama seperti miliknya, dimana terdapat pendakap yang dipasang khas untuk menampung tempat duduk belakang sehingga dapat dilipat. Cook juga menemui cop nombor siri badan (VIN stamp) yang tidak sepadan, seolah-olah seseorang cuba menyembunyikan nombornya.

Chevrolet Camaro 1969

Cook kemudian menyalin nombor siri badan tersebut. Setelah pulang ke rumah, dia melihat dokumen kenderaannya dan mendapati nombor siri badan pada kereta di kedai tersebut sepadan dengan Camaro 1969 miliknya yang hilang.

Cook kemudian menghubungi polis dan menceritakan apa yang terjadi. Setelah mendengar kisahnya, pihak polis bersedia untuk mengambil kenderaan tersebut.

Namun, Cook memberitahu polis bahawa pemilik kereta yang sekarang adalah mangsa keadaan, jadi tidak ada sebarang kesalahan dari pemiliknya jika pihak polis mahu mengambil kereta tersebut.

Menurut Cook, Camaro 1969 tersebut juga telah dinaik taraf, bahkan kini menggunakan enjin V8 5.7-liter. Secara keseluruhan, kereta ini berada dalam keadaan yang lebih baik semenjak ia dicuri.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here