Apa yang dua dan apa yang satu? Adakah beli dua buah dapat satu percuma.Jangan silap bukan begitu maksud tajuk di atas. Artikel ini berkisar perihal KTM 390 Adventure 2021.
Desas desus dari rakan media permotoran yang sempat menguji motosikal tersebut agak menarik. Sesi tunggang uji KTM 390 Adventure telah diadakan sebelum Krismas tahun lepas.
Sesi tunggang uji melibatkan dua situasi. Jalanraya dan off-road. Apa yang menarik tentang KTM 390 Adventure ?
Versi 390 Adventure dikabarkan berkongsi enjin dengan KTM Duke 390. Satu silinder 373cc. DOHC dengan 44hp pada 9,000rpm serta 38Nm pada 7,000rpm dibantu oleh transmisi 6-kelajuan.
Ianya juga turut dibekalkan dengan Power Assist Slipper Clutch (PASC) dan kawalan throttle (ride-by-wire). Tidak dinafikan KTM sentiasa mengutamakan keselamatan kepada pemilik.
Tersergam sistem Anti Lock Brake System (ABS) dengan Dwi kaliper jenama Bybre pada cakera tunggal bersaiz 320mm di depan dan 230mm di belakang.
Kecanggihan KTM 390 Adventure dengan terpasangnya sistem Cornering ABS dan Off Road ABS. Tiada beza antara KTM 390 Duke dan 390 Adventure dari segi sistem kawalan traksi (Traction Control). Sistem TC yang boleh dihidupkan atau dimatikan.
Skrin TFT sama seperti model 390 Duke yang boleh disambungkan dengan Sistem KTM My Ride. Sistem yang turut boleh dibubungkan dengan telefon pintar berfungsi menerima pangilan dan mendengar muzik.
Namun jika pemilik berhajat mendapatlan paparan navigasi, pemilik perlu menambah sebanyak RM35.99. Begitu juga dengan sistem Quick Shifter, perlu menambah RM1,600 andai pemilik berhajat memasang pada motosikal mereka.
KTM 390 Adventure juga dibekalkan dengan lampu LED. 14.5L kapasiti tanki penuh bahanapi serta dinyatakan mampu bergerak sejauh 400km.
Sementara ketinggian tempat duduk 855mm. Ini bermaksud mereka yang ketinggian kurang dari 5.7 terpaksa berjengket.
Kerangka dan Subframe diperbuat dari Steel Trellis. Komponen yang menyumbang motosikal menjadi ringan. Berat KTM 390 Adventure hanya 171kg. Boleh dikatakan motosikal berkategori ringan dalam kelasnya.
Harga yang ditawarkan RM30,800 (tidak termasuk cukai jalan dan insuran).Sementara waranti selama 2 tahun tiada had perbatuan(unlimited mileage).
Terdapat 2 warna iaitu Oren(jingga) dan Putih.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar