Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk kini menjadi individu terkaya di dunia dengan kekayaan mencecah USD185 bilion (RM740 bilion).
Pencapaian Musk itu mengatasi pengasas dan CEO Amazon, Jeff Bezos yang menjadi individu terkaya di dunia sejak 2017.
Musk dilonjakkan ke posisi itu setelah harga saham Tesla meningkat baru-baru ini.
Syarikat kereta elektrik itu menyaksikan peningkatan nilainya kebelakangan ini, dan menjadikan syarikat itu lebih bernilai dari Toyota, Volkswagen, Hyundai, GM dan Ford digabungkan semuanya. Bayangkan!
Walaubagaimanapun, respon Musk di Twitter juga menarik. Apabila akaun @teslaownersSV mengumumkan CEO itu menjadi individu terkaya, Musk dengan sempoi membalas, “Peliknya.”
Musk kemudian membalas lagi, “Baik, kembali bekerja..”
Tesla mencatatkan prestasi mantap pada 2020 apabila ia meningkatkan pengeluaran kereta, melancarkan beberapa kilang baharu dan melaporkan siri suku kewangan menguntungkan yang membolehkan sahamnya melonjak lebih daripada 700 peratus tahun lalu dan disenaraikan dalam indeks berprestij S&P 500.
Saham Tesla melonjak 5.9 peratus kepada USD800.43 (RM3,235.74) dalam dagangan tengah hari semalam, meningkatkan permodalan pasaran syarikat itu melebihi USD750 bilion (RM3 trilion).
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar