Polis Michigan bakal guna Ford Mustang Mach-E sebagai kereta peronda

1880

Jabatan polis Ann Arbor, Michigan, Amerika Syarikat difahamkan akan menerima dua unit Ford Mustang Mach-E yang akan digunakan sebagai kereta peronda.

Ford Mustang Mach-E

Menurut carscoops.com, pihak atasan polis Ann Arbor telah meluluskan pembelian dua unit kenderaan bernilai USD93,926 (RM378,756) pada Disember tahun lalu. Kedua-dua Mustang Mach-E tersebut menggunakan dua motor elektrik dan sistem pacuan semua roda (AWD).



Namun ketika bercakap kepada laman berita MLive, pengurus bandar, Matt Kulhanek berkata crossover elektrik tersebut sepatutnya mampu dipandu sekitar 337km dengan sekali cas penuh.

Hal ini menggambarkan kedua-dua crossover elektrik tersebut dilengkapi dengan pek bateri 75kWh, dan bukan varian 98kWh yang mampu bergerak sejauh 482km.

Tambah Kulhanek, dua unit Ford Mustang Mach-E memerlukan pengecas tahap 2 yang bernilai sekitar USD5,000 (RM20,162).

Kedua-duanya juga bakal menggantikan dua unit kereta peronda yang bakal menghampiri had kontrak yang telah ditetapkan iaitu enam tahun atau jarak perbatuan 128,747km yang mana terdahulu.

Oleh kerana Ford sendiri tidak menjual varian polis bagi model Mustang Mach-E, jabatan polis Ann Arbor perlu mendapatkan khidmat pihak ketiga untuk menyiapkan kenderaan peronda tersebut.

Langkah ini adalah selaras dengan hasrat bandar tersebut untuk menjadi sebuah komuniti bebas karbon menjelang 2030, dan mereka berhasrat untuk menambah 100 buah slot pengecasan EV pada tahun 2021, termasuklah empat unit pengecasan pantas di dewan bandar dan balai polis.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here