Gara-gara terlanggar lubang pada jalan raya, sepasang suami isteri cedera selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Bentong-Raub berhampiran Dataran Tra, semalam.
Kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu menyebabkan penunggang mostosikal, Shahrizal Suhaimi, 38, mengalami keretakan kaki kiri manakala isterinya, Norashikin Hamzah, 34, menerima empat jahitan di bahagian siku kiri.
Menurut Shahrizal, semasa kejadian dia bersama isterinya yang menaiki Yamaha LC dalam perjalanan untuk bekerja dari Kampung Chamang ke sebuah kilang di Janda Baik.
“Apabila sampai ditempat kejadian saya memang tidak nampak lubang berkenaan yang dan melanggar sebelum tercampak dan terseret ke tengah jalan, nasib baik tidak dilanggar kenderaan,” kata Shahrizal.
“Kaki saya mengalami keretakan walaupun memakai kasut but keselamatan, tidak tahulah macam mana kalau saya pakai kasut biasa,” tambahnya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar