Volvo Car Malaysia hari ini mengumumkan keputusan prestasi dan jualan yang kukuh pada tahun 2020, meskipun berdepan dengan wabak Covid-19. Ini juga memberi petunjuk kepada pertumbuhan baik pada tahun akan datang.
Syarikat itu menyaksikan penurunan 56.1 peratus jualan pada separuh pertama 2020 apabila berlaku wabak pandemik yang menyebabkan sektor automotif dan ekonomi tempatan terjejas.
Bagaimanapun, jualan kembali pulih pada separuh kedua 2020, sekali gus menutup tahun 2020 dengan kukuh. Volvo Car Malaysia menjual 1,950 unit kenderaan tahun lepas, iaitu 3.6 peratus peningkatan berbanding 1,883 unit pada 2019.
Jualan kenderaan Volvo pada tahun lalu mencatatkan rekod baru bagi prestasi jualan tertinggi sejak Volvo Car Malaysia ditubuhkan.
Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata: “Kami amat berbangga bahawa Volvo Car Malaysia berjaya mencapai jualan tertinggi ini disebalik pergolakan masa dan cabaran yang kita hadapi.
“Melalui usaha kolektif pengedar dan kakitangan kami, serta masa yang tepat untuk pelepasan cukai jualan oleh kerajaan, kami berjaya mengakhiri tahun mencabar ini dengan kukuh.
“Bagi kami, melihat kepada hasil keputusan jualan pada tahun lalu, kami mahu membawa lebih banyak kereta premium, selamat dan lestari kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Volvo Car Malaysia memperkenalkan Sistem Tempahan Dalam Talian (Online Ordering System) baharu kepada pelanggan untuk membuat tempahan secara dalam talian dengan selesa dari rumah dan melaksanakan Digital Silent Salesman (DSS) 2.0 – satu platform yang memaparkan semua maklumat diperlukan secara digital mengenai kenderaan – di seluruh bilik pameran Volvo di Malaysia.
Amalan baharu digital ini adalah sebahagian daripada usaha transformasi digital syarikat di seluruh rantaian nilai perniagaan dan mencerminkan komitmennya terhadap matlamat menghapuskan penggunaan brosur bercetak.
Volvo Car Malaysia turut melancarkan Volvo Green Planet pada suku ketiga 2020, satu kempen yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesan karbon yang tinggi.
Kesan karbon ini dapat dikira melalui Greenterest Calculator, sekali gus ia membawa topik perbualan kepada pelanggan.
Kesan kepada perbualan ini, berjaya menarik minat mereka untuk memandu uji kereta elektrik – sepenuhnya – menjadikan ‘Pemanduan Hijau’ – dan sebagai tanda memperjuangkan udara yang lebih bersih.
Kemudian, tahun 2020 menyaksikan Volvo memperkenalkan kempen A Million More, yang bermula daripada pengumuman had kelajuan 180km/j pada bulan Mac.
Sepertimana penerimaan awal ke arah tali pinggang keledar tiga penjuru, had kelajuan menjadi topik perbahasan pada tahun 2020 dalam sektor automotif, yang mana Volvo mengambil pendirian dalam keputusannya untuk memastikan keselamatan penumpang kenderaan di jalan raya, dan menyelamatkan sejuta lagi nyawa.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar