Bugatti Type 57S 1937 akan dilelong, harga kemungkinan lebih mahal dari Bugatti Chiron!

1758

Sebahagian besar kereta antik Bugatti kini dipamerkan di muzium, tetapi tidak untuk Bugatti Type 57S 1937. Kereta ini tidak lama lagi akan dilelong, dan sedah tentu ia akan menarik perhatian bagi peminat kereta klasik.

Bugatti Type 57S 1937

Menurut Zing, Type 57S hanya dihasilkan dalam unit yang terhad, iaitu hanya sebanyak 42 unit pada tahun 1930-an. Bersama dengan Type 35 dan Type 57C Atlantic, Type 57S merupakan salah satu barisan model ikonik Bugatti pada masa tersebut.



Kereta ini sebenarnya merupakan hasil restorasi dari seorang jurutera bernama Bill Turnbull. Sebelum ini, kereta klasik ini seakan ‘hilang’ selama 50 tahun dan baru ‘hidup’ semula setelah dibeli Turnbull.

Bugatti Type 57S 1937

Malangnya proses restorasi dari Turnbull tidak dapat diselesaikan kerana kematiannya. 

Type 57S dijaga dengan sangat baik. Cat hitam dan kemasan krom pada bahagian luaran masih kelihatan berkilat walaupun sudah berusia puluhan tahun.

Apa yang menjadikan Type 57S ini sangat istimewa ialah casisnya sama seperti Bugatti Works Type 57G Tank yang pernah memenangi anugerah Grand Prix 1936.

Bugatti Type 57S 1937

Bukan hanya bahagian luaran, bahagian dalam juga terpelihara dengan baik. Roda stereng yang diperbuat daripada kayu dan papan pemuka masih kelihatan seperti baharu. Walau bagaimanapun, paparan meter telah dimodifikasi.

Komponen yang kurang sempurna ialah pada bahagian panel pintu dan tempat duduk dengan warna krim, yang kelihatan usang dimakan usia.

Bugatti Type 57S 1937

Bugatti Type 57S dikuasakan oleh enjin I8 3.3-liter yang mampu menghasilkan sehingga 175hp. Sekiranya supercharger ditambah, enjin ini dapat mencapai 200hp dan dapat membantu Type 57S mencapai kelajuan sekitar 190km/j.

Lelongan untuk kereta klasik ini akan diadakan pada bulan Febuari di London, United Kingdom. Anggaran harga untuk kereta ini ialah sekitar USD6.7 juta (RM27 juta) hingga USD9.4 juta (RM37 juta).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here