Hyundai Motor Group akan hentikan penghasilan enjin diesel

1231

Hyundai Motor Group dilaporkan akan menghentikan pengeluaran enjin diesel, dalam langkah mereka untuk beralih kepada kenderaan bebas emisi.

enjin diesel hyundai

Menurut Korea JoongAng Daily, Hyundai difahamkan telah menangguhkan penghasilan enjin diesel baharu pada separuh masa kedua tahun 2020. Mulai sekarang, mereka tidak lagi akan menghasilkan enjin diesel, walaupun pengeluar tersebut bakal memperkenalkan versi baharu dari model terkini.



Enjin jenis R untuk model SUV seperti Santa Fe dan Tuscon, dan enjin jenis V untuk model yang lebih kecil seperti Accent dan Soul adalah antara enjin diesel yang dibangunkan oleh Hyundai.

Walau bagaimanapun, enjin petrol akan terus dihasilkan, kerana enjin ini adalah bahagian yang penting dalam sesebuah kenderaan hibrid dan plug-in hibrid.

Langkah yang diambil oleh Hyundai ini sejajar dengan pengeluar yang lain, dimana mereka akan menanggukan penghasilan enjin diesel bagi mengurangkan kadar pencemaran nitrogen oksida.

Volvo merupakan salah satu pengeluar yang turut berbuat demikian, dimana mereka pernah mengumumkan akan menghentikan penghasilan enjin diesel pada tahun 2017.

enjin diesel hyundai

Volkswagen pula pada 2018 pernah berkata mereka akan menghentikan penghasilan semua enjin pembakaran dalaman selepas tahun 2026. Fiat Chrysler, yang memiliki Jeep, Chrysler dan Maserati, juga akan menghentikan pengeluaran enjin diesel dari kereta penumpang pada tahun 2022.

Hyundai kini dalam misi mereka untuk menyertai sebanyak 8-10 peratus pasaran kenderaan elektrik dunia menjelang tahun 2040. Mereka dijangka akan memperkenalkan Ioniq 5, kenderaan elektrik pertama dihasilkan menggunakan platform E-GMP pada suku pertama tahun ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here