Walaupun ramai sudah mula beralih minat ke arah SUV, ini tidak menghalang Mugen untuk menghasilkan aksesori untuk MPV.
Syarikat talaan dari Jepun itu telah mendedahkan pakej naiktaraf untuk Honda Odyssey, merangkumi aksesori luaran dan dalaman. Tetapi sayang sekali tiada barang untuk naiktaraf prestasi enjin.
Apa pun, setakat ini pakej aksesori Mugen terbaharu ini hanya didapati untuk model Odyssey di Jepun. Belum ada khabar untuk Malaysia.
Apa yang mereka dapat? Antaranya adalah spoiler bawah bampar depan dari gentian karbon, selain kemasan sama di gril. Ianya penambahan sederhana, tapi pastinya menaikkan seri dan gaya MPV ini.
Mugen juga turut menawarkan spoiler bumbung, kemasan krom di tingkap dan panel tepi, dan pilihan rim lebih besar iaitu 18- atau 19-inci.
Di sebalik rim itu pula tersergam pelapik brek Mugen untuk depan dan belakang. Terdapat juga minyak-minyak prestasi hinggalah sarung tangki minyak brek semuanya berjenama Mugen.
Ianya direka untuk menyerap sebarang cecair yang meleleh ‘disebabkan pelbagai faktor semasa memandu’. Hmm. Mungkin ada yang pandu Odyssey ini pergi kanjo, kan?
Di Malaysia, Honda Odyssey dikuasakan oleh enjin 2.4-liter i-VTEC dengan 175hp dan 25Nm tork. Transmisi pula ialah CVT.
Dengan hanya satu varian iaitu 2.4L EXV, Honda Odyssey dijual pada harga RM249,393.53 (atas jalan tanpa insurans).
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar