Ketika ini, banyak industri terkesan dengan penularan wabak Covid-19 dan terpaksa mengurangkan pekerja. Oleh itu, ramai yang membuat keputusan bekerja dalam ekonomi gig seperti menjadi penghantar FoodPanda dan GrabFood.
Terbaharu, tular jumlah pendapatan dua bulan seorang penghantar makanan di media sosial yang menjadi perhatian warganet. Rata-rata terkejut kerana hanya dalam tempoh dua bulan, penghantar makanan tersebut berjaya meraih lebih RM18,000.
Bukan itu sahaja, warganet turut mengatakan bahawa bukan mudah untuk mendapat pendapat sebanyak itu kerana memerlukan komitmen dan rajin berusaha untuk mencapainya.
Malah, ada juga warganet mengatakan anak muda harus rajin bekerja kerana dalam kesusahan akan ada kesenangan kelak. Tidak semua orang sanggup bekerja sebagai penghantar makanan disebabkan penat selain risiko Covid-19 yang dihadapi.
Akan tetapi, ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan penghantar makanan tersebut yang mendedahkan pendapatan yang diterimanya kerana akan memberikan kesan kepada penghantar makanan yang lain.
Apa pendapat anda? Adakah bagus pendapatan itu dikongsi, atau penghantar makanan tersebut tidak patut melakukannya?
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar