Nissan Skyline R34 terbabas dipercayai mengelak lori buat pusingan-U haram!

4043

Berita sedih buat peminat Nissan Skyline GT-R R34 hari ini (berita petang semalam sebenarnya). Sebuah R34 terbabas dan melanggar pembahagi jalan tengah.

Apa yang membuatkan kami terkilan ialah pemandu Skyline itu dipercayai mengelak sebuah lori yang cuba membuat pusingan-U haram! Jika betul, memang geram.



Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian, kerana imej-imej yang kami peroleh adalah dari perkongsian WhatsApp dan Facebook.

Lori itu difahamkan cuba membelok dan berhenti di tengah-tengah pembahagi jalan. R34 yang datang dari arah bertentangan mengelak ke kiri dan terbabas ke kanan sebelum menghentam pembahagi jalan.

Tidak dapat dipastikan keadaan pemandu, kami harap baik-baik sahaja. Cuma harap bersabar dengan musibah yang berlaku.

Dari gambar-gambar, dapat dilihat bahagian bucu depan kanan Godzilla ini rosak teruk, antaranya melibatkan lampu, bampar, radiator dan intercooler.

Tidak dapat dipastikan juga sama ada kereta ini total lost atau tidak.

Nissan Skyline GT-R R34 ini merupakan versi V-Spec, dengan enjin 2.6-liter RB26DETT yang menghasilkan kira-kira 280hp dalam keadaan standard kilang.

Kelengkapan lain adalah kit badan unik, transmisi manual 6-kelajuan, sistem pacuan semua-roda dan LSC belakang aktif.

Sumber gambar: WhatsApp, Facebook, dan Eiyzad Nazri Photography

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here