Elon Musk tawar RM404.3 juta kepada sesiapa yang mampu hasilkan teknologi penangkapan karbon

5315

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk mengumumkan akan memberikan hadiah sebanyak USD100 juta (RM404.3 juta) kepada sesiapa yang mampu menghasilkan teknologi penangkapan karbon.

 teknologi penangkapan karbon

Menerusi laman Twitter rasmi miliknya, Musk mengumumkan perincian tentang tawaran ini akan diumumkan pada minggu hadapan.



Menurut Carscoops, teknologi penangkapan karbon sangat penting buat masa ini, berikutan Presiden baharu Amerika Syarikat, Joe Biden yang akan bergabung semula dengan Perjanjian Iklim Paris.

Selain itu, Presiden Biden juga telah mengumumkan rancangan untuk meningkatkan pelaburan persekutuan dan insentif cukai untuk mengembangkan teknologi penangkapan karbon.

Iklim global telah ditetapkan untuk melepasi tahap yang disasarkan pada tahun 2100. Walaupun tahap pelepasan karbon terhenti pada ketika itu, 33 metrik gigaton karbon dioksida akan dilepaskan dari atmosfera pada setiap tahun untuk kekal pada tahap yang selamat.

Dalam perkembangan lain, Musk baru-baru ini diumumkan sebagai individu terkaya di dunia dengan kekayaan mencecah USD185 bilion (RM740 bilion).

Pencapaian Musk itu mengatasi pengasas dan CEO Amazon, Jeff Bezos yang menjadi individu terkaya di dunia sejak 2017.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here