PKPB bermula 5 Februari dijangka lebih ketat – pakar virologi

1243

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal dilaksanakan, mulai 5 Februari depan dijangka lebih ketat dan memperuntukkan sekatan tertentu.

pkpb 5 Februari

Menurut pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, langkah tidak menambah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan tamat pada 4 Februari ini berkemungkinan mempunyai beberapa asas.



Katanya, ia termasuk mengambil kira tanggapan masyarakat terhadap PKP fasa kedua kali ini yang disifatkan sangat longgar dan lebih mirip PKPB.

“Sekarang ini kita lihat antara PKP dan PKPB, tidak banyak beza kerana pelbagai kegiatan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa,” kata Dr Yahya.

“Justeru, tiada masalah untuk beralih kepada PKPB, namun saya jangkakan ia bukanlah longgar seperti sebelum ini bagi memastikan matlamat untuk menurunkan kadar kes harian kepada dua angka berupaya dicapai.

pkpb 5 Februari

“Oleh itu, sekatan perjalanan rentas negeri berkemungkinan masih dikekalkan, selain beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan jangkitan Covid-19.

“Pergerakan dalam antara daerah dijangka dibenarkan, selari pelaksanaan PKPB tetapi menerapkan SOP ketat,” tambahnya.

Mekanisme kawalan bagi membendung penularan Covid-19 di dalam negara akan digantikan dengan PKPB selama tiga bulan, sebelum kadar kes harian dijangka kembali menyusut ke dua angka menjelang 11 Mei.

Berdasarkan beberapa petunjuk, Dr Yahya berkata langkah membendung wabak Covid-19 mula menunjukkan kesan positif apabila kadar ‘R naught’ (RO) atau kebolehjangkitan menurun kepada 1.04, setakat semalam.

Selain itu, katanya, jumlah individu yang sembuh atau bebas daripada jangkitan Covid-19 melebihi kadar kes positif harian, sejak 23 Januari lalu.

“Ini mencerminkan bahawa kadar penularan berupaya distabilkan seperti laporan Kementerian Kesihatan (KKM) dan jika pola sedemikian berterusan, RO akan terus menyusut,” lanjut Dr Yahya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here