Orang yang memiliki helikoter kebiasaannya menyimpannya di lapangan terbang atau di garaj/hangar khas.
Namun tidak bagi seorang pemilik yang tinggal di sebuah taman perumahan di Puchong, dimana dia selamba memarkir helikopter itu di perkarangan rumahnya.
Dan hal ini telah menjadi punca pertelingkahan pemilik itu dengan jirannya. Perbalahan mereka tular menerusi klip video yang menampakkan helikopter itu bersebalahan beberapa buah motosikal.
Helikopter itu dikatakan milik seorang bergelar Datuk Seri manakala jiran yang berkelahi dengannya seorang Datuk.
Punca perbalahan mereka kurang jelas, tetapi yang menarik perhatian adalah helikopter yang diparkir di rumah Datuk Seri itu.
Ketua Polis Serdang Razali Abu Samah berkata, Datuk Seri itu tidak melakukan kesalahan undang-undang dengan meletakkan helikopter milik beliau di rumahnya.
“Semua ok. Mereka berdua sahabat dan apa yang berlaku adalah hanya perselisihan pendapat. Tidak ada sebarang kesalahan undang-undang,” kata beliau.
Terdahulu, tular di laman sosial berkenaan klip pergaduhan mereka berserta satu gambar helikopter itu di atas jalan dipercayai baru diturunkan dari sebuah lori sebelum dibawa masuk ke dalam rumah.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar