Video teaser Suzuki Hayabusa 2021 didedah, bakal dilancarkan 5 Febuari ini!

1142

Suzuki secara rasmi telah memperkenalkan teaser untuk sebuah motosikal baharu yang akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Februari.

Dari video yang disiarkan di saluran Youtube rasmi mereka, motosikal tersebut berkemungkinan adalah Suzuki Hayabusa 2021.



Menerusi video tersebut, Suzuki Hayabusa 2021 dilihat sedang ditunggang di sebuah litar tertutup.

Sekali pandang, superbike flagship Suzuki ini masih mengekalkan reka bentuk model sebelumnya, yang sinonim dengan bentuk bulat dan kelihatan agak besar.

Apa yang menarik, video ini juga menunjukkan kemampuan enjin Suzuki Hayabusa generasi terbaru. Enjin ini difahamkan mampu menghasilkan kelajuan maksimum 290km/j. 

Suzuki Hayabusa 2021

Dengan tagline ‘Perfectly Poised’ yang digunakan oleh Suzuki, bayangan naiktaraf yang diberikan terhadap Hayabusa ini bakal mengujakan para peminatnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here