WMoto jenama tempatan milik MForce telah melancarkan skuter 118 cc yang dikenali sebagai ES125. Skuter kelas bawah 200cc. Semakin hangat pasaran skuter di negara kita.
ES 125 menawarkan dua edisi buat peminat. Edisi Special Edition (SE) dan Standard. Bagi edisi SE hanya ditawarkan warna Pirus. Sementara edisi standard ditawarkan tiga warna pilihan iaitu marah, hitam dan kelabu.
Berbekalkan enjin 4 lejang, penyejukan udara serta silinder tunggal, ES125 mampu menghasilkan kuasa sebanyak 6.5kW pada 7,500 rpm. Dan tork 9.5 Nm apabila mencecah 6,000 rpm.
Teknoloji Environtment Care System (ECS) menguasai ES125 serta digerakkan melalui transmisi CVT.
Suspensi hadapan pula terpasang teleskopik sementara penyerap hentakan belakang jenama Kayaba.
ES125 sebuah skuter berkategori ringan hanya 95kg. Berdasarkan ini lah maka kapasiti bahan api adalah 3 liter yang mana cukup untuk perjalanan jarak dekat.
Difahamkan ruang simpanan barang terletak dibawah pelana berkapasiti 9-liter agak luas bagi skuter yang mungil.
Juga kemudahan mengecas telefon. Port USB tersedia di kokpit serta dua ruang tambahan untuk menyimpan dompet dan juga telefon bimbit sewaktu menunggang.
Demi membantu penunggang di waktu malam, ES125 dilengkapi juga dengan sistem lampu DRL. Sistem lampu terbaik dalam apa jua keadaan disamping menyahut seruan kerajaan dalam memastikan keselamatan penunggang.
Harga yang ditawarkan RM4,888.00 (tidak termasuk cukai jalan, insuran dan yuran pendaftaran) bagi edisi Special Edition (SE).
Sementara edisi standard RM4,588,00 (tidak termasuk cukai jalan, insuran dan yuran pendaftaran).
Skuter ES125 dijangka berada di premis wakil sah pengedar WMoto minggu hadapan.
Bagi mereka yang berminat boleh kunjungi semua pengedar sah WMoto di seluruh Malaysia.