Aksi ‘wheelie’ berakhir dengan jadi pembonceng polis

2175

Selain daripada terlibat lumba haram, tindakan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya juga sangat menganggu dan berisiko kepada pengguna jalan raya yang lain.

'wheelie'
gambar hiasan

Aksi ‘wheelie’ merupakan antara aksi popular yang sering dilakukan oleh sesetengah penunggang motosikal. 

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh akaun Instagram @makassar_iinfo, kelihatan dua orang lelaki di Indonesia sedang melakukan aksi ‘wheelie’ di sebuah jalan raya yang agak kurang sesak.



 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by OFFICIAL MAKASSAR INFO (@makasar_iinfo)

Berdasarkan rupa bentuk, motosikal yang ditunggang berkemungkinan sudah diubah suai, dan mereka bahkan tidak memakai alatan keselamatan seperti topi keledar semasa melakukan aksi tersebut.

Aksi berbahaya tersebut berakhir setelah mereka difahamkan berjaya ditahan oleh pihak polis Unit 3 Turjawali Patmor Polda Sulawesi Selatan.

'wheelie'

Video tersebut juga memaparkan seorang anggota polis berpakaian lengkap menunggang motosikal yang digunakan untuk aksi ‘wheelie’ tersebut, dan pemboncengnya adalah salah seorang yang melakukan aksi berbahaya itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 2.9k likes dan pelbagai reaksi dari warganet.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here