Sudah hampir seminggu terpampang di media sosial akan kehadiran Skuter Honda ADV 150. Viral kemunculan skuter berkenaan cukup meluas.
Adakah berita ini benar atau sekadar gimik bagi mengubati penantian peminat varian itu.
Umum mengetahui pada 2 Feb yang lepas, WMoto telah melancarkan skuter ES125 yang ekonomi dan lebih menjurus tunggangan dalam bandar berjarak sederhana.
Adakah kemunculan ADV 150 bakal menyaingi ES125, itu adalah mustahil. Peminat skuter secara logiknya dapat membandingkan kedua jenama berkenaan dari pelbagai aspek.
Andai benar Honda ADV 150 muncul di negara kita dalam waktu terdekat, pastinya menjadi saingan rapat kepada Yamaha Nmax 155.
Yamaha Nmax 155 dilancarkan hujung tahun lepas. Kenyataannya Nmax 155 mendapat sambutan diluar jangkaan pengeluar.
Sedikit info tentang Yamaha Nmax, walaupun kami tidak pernah mendapat jemputan membuat liputan motosikal Yamaha.
Manakan tidak rata-rata peminat Yamaha Nmax 155 sanggup menunggu lama bagi mendapatkan skuter itu.
Tinjauan penulis ke wakil-wakil pengedar sah Yamaha mendapati permintaan bagi Yamaha Nmax 155 cukup tinggi. Apakah situasi sedemikian akan berlaku pada Honda ADV 150?
Bagaimana dengan harga. Yamaha Nmax 155 hanya RM8,998 (tidak termasuk cukai jalan,insuran dan yuran pendaftaran).
Harga merupakan satu isu yang bakal melariskan jualan atau disebaliknya. Apatah lagi di musim pandemik Covid 19. Perbelanjaan harus dirancang dengan teliti dan sebaik mungkin.
Petanda awal kemunculan ADV 150 ke negara kita terserlah apabila munculnya iklan dari wakil pengedar sah Honda, di mana tempahan awal telah dibuka bagi ADV 150.
Persoalannya kenapa Yamaha Nmax bisa dilancarkan penghujung tahun lepas? Adakah Pandemik Covid 19 punca kelewatan atau halangan pelancaran ADV 150?
Situasi Pandemik Covid 19 di negara kita tidak menghalang sebarang kegiatan secara atas talian termasuk pelancaran sesuatu produk. Tiada pelanggaran SOP itu yang ditekankan oleh kerajaan.
Atau Honda mempunyai strategi tertentu dalam kelewatan membawa masuk Honda ADV 150 ke negara kita?
Persoalannya adakah benar Honda ADV 150 akan dilancarkan esok 5 Feb 2021?
Namun setakat artikel ini dikeluarkan tiada sebarang penafian dari Boon Siew Honda (BSH).
Apa pun sila layari FB Honda pada 5 Februari jam 8 malam untuk menyaksikan secara langsung pelancaran motosikal yang masih menjadi teka-teki.