Saya mahu motosikal yang kompetitif jika ganti Marquez – Dovizioso

784

“Andai inginkan saya menggantikan tempat Marc Marquez, bagi saya motosikal yang kompetitif, jangan jadikan diri saya sekadar melengkapkan perlumbaan,” tegas Dovizioso.

Andrea Dovizioso, 34, yang sudah bercerai dengan pasukan Ducati masih belum dipinang oleh mana-mana pasukan yang bersaing dalam MotoGP musim 2021.

Menurut Dovizioso permintaan beliau itu setimpal dengan hasrat ingin membantu pasukan Honda mengharumkan nama setelah kecundang pada musim MotoGP 2020.



Bagi Dovizioso,untuk menjadi pelumba MotoGP di musim 2021 bukanlah impian. Baginya berbaloi menjadi pelumba motocross jika tidak berpeluang berlumba di MotoGP.

Musim MotoGP 2021 bukanlah musim untuk bersantai didalam litar. Sasaran meraih  podium dan menang. Demikian hasrat Dovizioso jika terpilih mewakili Honda.

Demi merealisasikan impian, Honda mesti memenuhi permintaan Dovizioso. Seandainya Honda memerlukan khidmat bekas pelumba Ducati tersebut.

Populariti Pasukan Honda merudum, ketandusan dalam meraih podium pada musim MotoGP 2020. Ketiadaan ayam tambatan mereka, Marc Marquez menjadikan pasukan tersebut berputih mata.

Insiden Marc Marquez bergelut dengan kecederaan lengan kanan dikatakan punca utama dan sehingga sekarang masih belum pulih sepenuhnya.  

Persoalan siapa bakal menggantikan Marquez masih belum terjawab. Honda masih membisu tanpa sebarang petunjuk bagi meredakan kegusaran peminat.  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here