Honda ADV 150 akhirnya dilancar, dua pilihan warna, RM12k

6051

Skuter yang dinanti ramai, Honda ADV 150 akhirnya dilancarkan hari ini oleh Boon Siew Honda.

Hadir dengan dua warna – Vivacity Red dan Mat Charcoal Gray Metallic – skuter ini dijual pada harga RM11,999.



ADV 150 mendapat inspirasi rekaan dari X-ADV, dilengkapi gaya adventure lasak, lampu LED depan dan belakang bersama DRL, dan cermin pelindung angin boleh-laras 2-tetapan.

Sementara itu, paparan LCD yang boleh memaparkan maklumat tunggangan seperti suhu, masa dan tarikh, penggunaan bahan api, dan jarak perjalanan. Terdapat juga pengecas USB untuk peranti mudah-alih anda.

Honda ADV 150 ini dikuasakan oleh enjin eSP 150cc yang menjana 14.4hp dan 13.2Nm tork. Kecekapan bahan api ialah pada 46.6km/liter dan boleh ditunggang sejauh 373km bagi setiap isian penuh. Untuk praktikaliti, terdapat ruang bersaiz 27.8 liter untuk simpanan barang.

Dari segi casis, ADV 150 menggunakan fork teleskopik 130mm di depan bersama penyerap hentak Showa berkembar 120mm di belakang. Brek pula adalah cakera 240mm di depan, 220mm di belakang.

Tahap kelegaan tanah (ground clearance) ialah 165mm, membolehkan ADV 150 ditunggang selesa di permukaan tidak rata.

Untuk keselamatan, Honda ADV 150 didatangkan dengan Honda SMART Key System, ABS, dan Emergency Stop Signal (ESS) yang akan menyalakan lampu amaran hazard secara automatik sekiranya penunggang membuat brek kecemasan.

Satu lagi ciri menarik ialah Idling Stop System (ISS) yang direka untuk memberikan tahap penggunaan bahan api lebih baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai skuter terbaharu ini, lawati mana-mana pengedar sah Boon Siew Honda, hubungi 1-800-88-3993, atau layari www.boonsiewhonda.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here